“ Dan perumpamaan orang-orang yang membelanjakan hartanya kerana mencari keredhaan Allah dan untuk keteguhan jiwa mereka, seperti sebuah kebun yang terletak di dataran tinggi yang disiram oleh hujan lebat, maka kebun itu menghasilkan buahnya dua kali lipat. Jika hujan lebat tidak menyiraminya, maka hujan gerimis (pun memadai). Dan Allah Maha Melihat apa yang kamu perbuat. ” (al-Baqarah : 265)

Tuesday, January 19, 2016

Extra Virgin Olive House

Firman Allah Taala: “Demi buah tin dan buah zaitun!”….. (surah at Tin ayat 1)
Minyak zaitun jernih dan berkilau seperti cahaya. Ini disebut di dalam al-Quran surah An-Nur:35: ...yang dinyalakan dengan minyak yang banyak faedahnya (iaitu) zaitun yang tumbuh tidak di sebelah timur dan tidak pula di sebelah barat, yang minyaknya (sahaja) hampir menerangi, walaupun tidak disentuh api...
Al Hadith: Daripada Abu Hurairah bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: Makanlah minyak zaitun dan lumurlah minyaknya, kerana ia berasal daripada pohon yang penuh berkat. (Riwayat At-Tirmizi dan Ibnu Majah)
Olive Oil Extra boleh membantu!
.Hanya Dengan mengamal meminum 2 sudu setiap hari.. Tidak perlu makan atau minum ubat2 yg kita tidak tahu kandungannya , Tidak perlu ambil suntikan yg menyakitkan..


Order OliveHouse (bilangan) - 0139299944HOTLINE : 0139299944

Sunday, June 1, 2014

Bahaya Jika Tidur Menghadap Kipas Angin Yang Dihidupkan

Bahaya Jika Tidur Menghadap Kipas Angin Yang Dihidupkan | Ternyata sekarang ini musim panas dan ramai di antara kita gemar tidur dengan menghadap kipas angin yang dihidupkan. Namun perkara itu sebenarnya mengundang bahaya kepada diri sendiri. Sebagai contoh cubalah bernafas di dalam kereta yang sedang bergerak laju dengan tingkap terbuka. Anda mungkin akan sukar bernafas kerana cepatnya aliran angin.



Angin kencang dari kipas angin diarahkan ke muka kita pun akan menyebabkan fenomena yang sama. Kerana aliran udara ini sangat kencang, kita tak boleh menghirup oksigen yang kita perlukan sehingga akan timbul gejala sukar bernafas. Lebih parah lagi kalau kita tidur menggunakan kipas angin yang arah anginnya menghadap ke wajah kita di dalam bilik yang semua tingkapnya tertutup, kerana suhu tubuh kita akan menurun.

Pada dasarnya, waktu tidur suhu tubuh kita akan menurun perlahan-lahan. Angin dari kipas angin akan membuat suhu tubuh kita semakin turun, nafas dan denyut jantung kita akan menurun perlahan-lahan. Jadi,angin dari kipas angin akan membuat suhu tubuh kita semakin turun, nafas dan denyut jantung kita menjadi lambat, serta tekanan darah kita pun menurun. Fenomena ini sama seperti ketika kita masuk ke air sejuk untuk tempoh yang lama, yang boleh menyebabkan jantung kita tidak boleh bekerja dan fungsi pernafasan kita lemah, dan akhirnya boleh menyebabkan kematian.

Dengan kata lain, kalau kita tidur di dalam bilik yang semua tingkapnya tertutup dengan kipas angin terbuka, lalu kipas anginnya menghadap tepat ke wajah kita, boleh mengakibatkan kematian kerana hal itu membuat kita sukar bernafas, kekurangan oksigen, serta membuat suhu tubuh kita menurun.

Kalau pada musim panas kita ingin tidur dengan kipas angin yang sedang terbuka, pastikan tingkap bilik kita terbuka dan peredaran udara di bilik kita baik, dan kipas anginnya tidak hidup terlalu kuat. Elakkan juga kita tidur terlalu dekat dengan kipas angin

Saturday, May 31, 2014

Tuesday, April 1, 2014

Topup HP

..


How to Top Up Celcom , Maxis, Digi

adakala kita terlupa macam mana nak top . Ini mungkin kerana dah terbiasa top up direct masuk seperti di kedai top up , online bank in , melalui ATM atau pun paling sadis … orang lain yang top up kan utk kita.
ada masa kita ada no pin top up tapi tak tau kod top up pula . Maka kongsi dengan anda kali ni macam mana nak top up dengan no pin.
CELCOM 
  1. *122*16DigitPin#
  2. Press "CALL"
semak baki dengan tekan *124#
semak perkhidmatan *118#
call center  tekan 1111 (call)- free
MAXIS
  1. .*111*digit pin#
  2. Press Call
semak baki dengan tekan *122#
Semak Perkhidmatan *100#
call center berbayar- mahal !!
DIGI
  1. .*123*digit pin#
  2. Press Call
semak baki dengan tekan *126#
You might also like:

Monday, March 3, 2014

Cara setting U Mobile 3G & MMS

Berikut adalah cara setting U Mobile 3G & MMS secara manual. Setting U Mobile 3G & MMS ini boleh digunakan untuk Android, Apple, dan sebagainya.

Setting U Mobile 3G & MMS

Name: U Mobile Internet
APN: my3g
MMSC: http://10.30.3.11/servlets/mms
MMS proxy: 10.30.5.11
MMS port: 8080
MCC: 502
MNC: 18
Authentication type: PAP
APN type: default,supl,mms
APN protocol: IPv4
APN roaming protocol: IPv4
Selamat mencuba setting U Mobile 3G & MMS ini! Jika tidak berfungsi atau sebarang cadangan & maklumbalas, sila hubungi kami. Terima kasih.

Tuesday, August 13, 2013

Warga emas di Kelantan dapat pampasan RM54 juta

Aslani M,
 
Shakur menyampaikan senarai penerima Takaful Kifaalah Dun Kijang kepada Wan Ubaidah Omar.

KOTA BHARU: Sejak diwujudkan pada Febuari 2007 sehingga akhir Jun lalu sebanyak RM54 juta pampasan dibayar Kerajaan Negeri Kelantan kepada lebih 29,000 warga emas yang meninggal dunia.

Mereka berusia 60 tahun ke atas didaftar di bawah skim Takaful Kifaalah, merupakan program berkebajikan dikendalikan kerajaan negeri.

Kini program tersebut yang memberi manfaat besar kepada penduduk miskin turut dilaksanakan di Selangor dan Kedah.

Keluarga warga emas yang meninggal dunia akan menerima pampasan sebanyak RM1,500 di mana sebanyak RM500 dibayar pada hari kematian.

Pengurus Besar Kifaalah Sdn Bhd, Abdul Shakur Sharrie berkata, pampasan tersebut dibayar berdasar kepada tujuh polisi ditetapkan kepada peserta berumur 60 hingga 76 tahun ke atas.

“Tuntutan pampasan kematian sehingga 30 Jun lalu membabitkan seramai 29,220 orang warga emas berjumlah RM54.3 juta,” katanya di sini.

Menurutnya sehingga pertengahan tahun ini seramai 148,196 warga emas berdaftar di bawah skim berkenaan.

Kata beliau 50 peratus daripada jumlah peserta yang meninggal dunia dalam tempoh tersebut berusia lebih 76 tahun.

Kumpulan tersebut merupakan 24 peratus daripada jumlah keseluruhan ahli yang berdaftar.

Manakala kumpulan usia paling ramai berdaftar iaitu berumur antara 66 hingga 75 tahun iaitu sebanyak 41 peratus.

Abdul Shakur juga berkata, pada Ramadhan lalu Takaful Kifaalah memperuntukkan sebanyak RM388,000 dibayar kepada waris keluarga warga emas yang meninggal dunia.

“Peruntukan tersebut merupakan fasa ketiga tahun ini sebagai pampasan kepada peserta yang meninggal dunia,” ujarnya.

Menurutnya juga sempena Hari Raya Aidilfitri tahun ini Takaful Kifaalah Sdn Bhd memberi saguhati sebanyak RM300 kepada setiap kawasan Dewan Undangan Negeri (Dun).

Katanya, pemberian itu sebagai penghargaan Kifaalah Sdn Bhd terhadap kerjasama pihak pengurusan Dun bagi memperkasakan skim Takaful Kifaalah.